Jiwa Kacau~
Apa yg penting, aku rase cukup tak berpuas hati dgn beberapa org manusia ni... x tau la apa masalah diorg ni... kalau ada masalah dgn aku, bgtau depan2... senang, aku tau and x tertanya2 dah... kalau dah xnak berkawan, ckp direct dpn muka aku.. xpun atleast msg ke apa... skrg ni teknologi dh canggih, klu rasa xleh nak buat depan2, cari la alternatif lain.. ini tidak, main senyap jer... aku pun x heran kalau org taknak kawan dgn aku... bagi aku, xguna nak simpan kawan kalau mcm ni la perangai masing2...
Aku yang sekarang bukan lagi bukan mcm aku yang dulu.. dulu, kata kawan2 aku yg aku ni mmg mulut jahat.. tp belakang2 org je... sekarang, aku dah x amek kesah dgn perasaan org lain... kalau aku rasa nak bagi depan2 muka, aku cakap jer terus... aku tak puas hati, aku bagi direct... dah takde nak kias2 or selindung2.. jadi, aku nak org pun buat mcm tu kat aku... x guna kalau nak sorok2 pun, sbb kadang2 datang sengal aku ni.. aku pun xphm motif tersirat yg org nk sampaikan... Yg paling geram, aku kesian kat bestie aku... dah confirm2 dia lebih berjauh hati... kan kawan kan??
Kebelakangan ni, byk betul dugaan yg menimpa.. baik di tempat kerja, kwn2 and keluarga... ada jer kengkangan yg Tuhan beri... aku cuba lalui dgn tabah and sabar... tp harini, aku rasa betul2 tak berdaya... alangkah senang kalau benda2 ni boleh aku ceritakan kat sini.. tp malangnya, sesetengah perkara tu lebih elok disimpan sendiri... jadi, aku hanya boleh memendam perasaan sahaja... mungkin dgn cara begini, aku dapat mengurangkan kekacauan jiwa ini walaupun xdpt aku ceritakan apa permasalahan sebenarnya...
Sedih berbaur hiba... kadang2 aku terfikir, kenapa la aku jadi begitu 'blur' sgt... kenapa aku xblh berfikir dgn matang mcm org lain? knp aku xblh nk berfikir ke hadapan mcm org lain? knp aku begitu susah utk faham perasaan org lain? kenapa begitu susah utk aku membuat and mengambil keputusan yg betul dlm hidup ni? kadang2 aku tak faham pun apa yg org lain harapkan dari aku? bila ditanya, org akan ckp yg aku ni lembap... tp kalau tak ditanya, mcm mane aku nak faham?
Bila difikirkan di mana aku akan berada dlm masa 5 tahun lagi... aku sendiri pun xtahu.. yg pasti, aku mahu jd org yg berjaya, yg boleh berdiri dgn megahnya di atas kaki sendiri tanpa bantuan org lain... aku mahu buktikan kpd org2 yg terlibat yg aku tidaklah bodoh... aku mahu keluargaku bangga dengan diriku... aku berharap yg ini bukanlah hanya angan2 kosongku... aku perlu mula mengambil langkah 1 persatu utk majukan diri aku sendiri.. bagaimana caranya? aku masih lagi tercari2... tp aku berharap yg Tuhan akan bagi petunjuk kepada aku utk meneruskan hidup aku ini...
Semoga impian aku ini akan terlaksana kelak... insyaallah.. KAWAN, doakan aku...

