Life~

Tuesday, August 17, 2010

Kuantan~

Alhamdulillah... nampaknya termakbul juga kata2 Hubby, yang tahun ni berpuasa dan raya di Kuantan... =) minggu ni dah masuk minggu ke-3 aku mula kerja di HTAA, Kuantan.. juga berkat doa Cica tiap2 malam supaya Mamanya dapat tukar kerja ke Kuantan..
Hari ni, dah masuk hari yang ke-7 umat Islam berpuasa... Alhamdulillah... moga2 tahun ni aku akan berjaya berpuasa penuh sekali lagi untuk tahun yang ke-4 berturut2... hehehe... hopefully, by next week dah blh start utk shopping raya... apa2 pun, kelengkapan anak lah yang mula2 kena dahulukan... =) biar anak beraya serba baru.... Mama dan Daddy nya dah hampir 24 tahun dah pun merasa beraya dengan baju baru ni...

Cica nampaknya dah semakin berisi sekarang lepas aku bertukar ke Kuantan ni... kalau tidak, kurus je badan tu... sekarang kalau suap nasi time makan, boleh habis la sepinggan... dulu, jangan kan separuh pinggan... nak dapat 5 suap pun payah... hah....

Semoga penghijrahan ini merupakan yang terakhir la hendaknya... melainkan penghijran selepas ini consists of all 3 of us... tak sanggup dah rasanya nak berpisah lagi lepas ni......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home