Life~

Friday, January 8, 2010

Welcome 2010~

Buat pertama kalinya, tahun 2010 ni aku sikit pun tak berfikir2 ttg azam baru... byk betul perkara yang berlaku since last blog posted... 1.1.10 hari tu, team boling RSKJB menang tournament boling!! hooray! haha... Team A menang tempat ke-2 and Team B menang tempat ke-3... alhamdulillah....

TEAM A

TEAM B

Walaupun penyokong yang datang tu x ramai mane, tp sekurang-kurangnya masih ada la juga yang sudi datang untuk memberi sokongan kepada kami ini... sadis, gitew... 1 pengalaman yang amat berharga juga sebenarnya masa tournament tu... sebab kita dapat lihat nilai2 dalam diri team kita tu... nilai yang kita tak pernah nampak sewaktu bekerja di tempat kerja kita... masa ni lar baru nampak semangat sepasukan... ada yang takut, ada yang buat2 berani... macam2 perasaan la malam tu yang boleh dilihat... bila diingat2 balik, boleh tersenyum sorang2 jugak la...

Yang penting, aku dapat juga memberi sedikit sumbangan buat RSK... walaupun tak besar mana sumbangan tu... bak kata Bos kitorang malam tu, 'Permulaan yang baik untuk RSKJB bagi tahun 2010"... so lepas ni, kitorang tengah tunggu short-listed nama 10 pemain lelaki dan perempuan terbaik plak.. sape yg terpilih, akan fight untuk 4 pemain lelaki dan perempuan terbaik dan mewakili Johor untuk ke Sabah... bila la list tu nak keluar agaknya... rasa tak sabar jugak... hehe... perasan lebih plak konon2 terpilih!

Habis main boling tu, tangan kanan memang sakit giler! perghh.. even sampai ke harini pun masih terasa lagi sakitnya... muscle spasm kat bahu kanan... last2 semalam pergi la ke Klinik Pesakit Luar, doktor bg ubat and advise supaya rehatkan and kurangkan aktiviti untuk tangan kanan... sekurang2nya 2 minggu... hahaha... mcm atlit la plak rasa! =)

Apapun, petang ni balik Kuantan! another hooray for me! =) x sabar rasanya nak balik... hehe... ahad ni, balik ke JB dengan Hubby and Farisya... then Isnin, off tu Genting Highlands! hehehe... seronok2... Farisya pun dah excited nak pergi sana... hopefully, semuanya berjalan dengan lancar la hendaknya nanti.. =)

A big smile on my face....... semoga tahun baru ni membawa lebih kebaikan and kebahagiaan buat diriku and keluarga... juga buat kawan2 yang lain... =)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home