Hurrrmmmm... Sedih ke?~
Pagi ni nampaknya mata sangat berat... tak cukup tidur dalam bas semalam... nampak macam diver bas tu mengamuk jer sebab dia bawak bas mmg laju giler babi! selaju mungkin yang bas tu boleh pergi... sebab apa driver tu mengamuk? ada makhluk bodoh mane ntah yg buat road block tgh jalan kat area Rompin, pastu nak bersoal jawab macam2 plak dgn driver tu semata2 anak dia sorang nak naik bas tu... itu dah boleh masuk kategori bangang pun ada! pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain... dia tak pikir ke dgn tindakan dia tu, buat driver tu bengang... bawak bas laju2 pastu kalau xcident? mati jugak anak ko tu! bodoh! manusia jenis mcm ni pun ada hidup dlm dunia ni.... meluap2 plak rasa kemarahan bila diingat2 balik... iye lar, mlm semalam x brape nak rase marah al maklum lar, mata mengantuk sangat....
Sayu pulak hati bila tengok Farisya melambai-lambai bila Mama nak balik ke Johor... tiba-tiba rasa sedih sangat... apa la perasaan dia agaknya? masa yang diluangkan hanya 2 hari sahaja, berbanding dengan masa dia berpisah dgn Mama iaitu 5 hari... samapi bila la agaknya aku perlu meneruskan kehidupan sebegini rupa? mampukah aku untuk mendidik anak aku dengan sempurna dengan hanya berjumpa 2 hari seminggu?
Rasa macam nak menyumpah2 dan memaki2 kerajaan pun ada... tp kalau buat pun, tak berguna jugak... bukannya dapat tukat terus pun... biar la org lain nak kata apa pun, kononnya ramai algi orang yang terpaksa berjauhan dengan anak mereka. tapi aku tak peduli tentang orang lain... apa yang penting sekarang ialah tentang diri aku sendiri dan keluarga... menurut kata org di KKM, borang permohonan pertukaran aku tu akan masuk meeting bulan 3 atau 4 tahun depan... jadi, boleh dikatakan hampir 1 tahun jugak la aku terpaksa menadah diri aku duduk di sini...
Ya Allah Ya Tuhanku... kau berikanlah ketabahan dalam hati aku ini bagi aku menjalani kehidupan aku di sini... dan berikanlah kekuatan buat aku untuk aku melakukan kerja2 aku di sini.... Amin...
Apa2 pun, aku mencuba sedaya upaya utk mengoptimumkan masa yang berkualiti bila dihabiskan dengan Farisya...supaya walaupun 2 hari je dapat bersama, tapi banyak kasih sayang yang dapat aku beri dan tunjukkan pada dia... pengalaman2 yang dilalui setiap kali balik hujung minggu tu, hanya Tuhan saje yang tahu betapa indahnya... rasa seronok sangat...

Cuma kadang2, aku rasa serba salah... mana nak bersama dengan suami lagi, umi dan ayah lagi... kawan2 lagi... kadang2, aku terpaksa mendiamkan diri di hujung2 minggu tanpa berjumpa dgn kawan2, sebab aku rasa tak mampu untuk bersama dgn kesemuanya sekali dalam masa 2 hari sahaja... terlalu banyak agenda yang nak dilakukan dan aku pasti akhirnya aku akan kepenatan dan mengakibatkan aku tak dapat luangkan masa yang berkualiti dengan Farisya...

Rasa tak sabar nak tunggu hari Khamis ni... amek cuti lamer sampai next week... jadi, boleh la menghabiskan masa bersama dengan keluarga tercinta! hehe... yang penting, rasanya dah tak sabar nak tunggu pergi ke Genting Highlands bulan depan... Farisya pun dah excited sangat dah nampaknya nakk pergi... dah siap beli baju sejuk lagi kelmarin... =) dia bergaya depan cermin sambil pakai baju sejuk tu, pusing badan kiri dan kanan sambil goyangkan punggung dan tersenyum manis... hai2, kecik2 lagi dah pandai bergaya... tersenyum sorang plak bila mengenangkan telatah anak kesayangan seorang tu...

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home