Life~

Sunday, January 24, 2010

Genting Highlands~ cont'd

Finally, smp jugak kitorang ke puncaknya... masa smpi kat stesen kereta kabel tu, kereta kabel ttp x stop gak... maknanya sekali lagi kitorang kena melompat... tapi kali ni, melompat turun! hahaha... alhamdulillah, semuanya berjalan lancar stakat ni.. kemudian, rombongan kami bergerak beramai2 utk pergi ke hotel... agak jauh la jugak perjalanannya... turun naik, turun naik... masa dalam perjalanan ke hotel tu,mcm2 kedai dan tempat yang kitorang lalu...

Antaranya tempat karaoke, club, kedai2 shopping, baskin robbins... and yang paling besar ialah game arcade dia... Farisya pun apa lagi... dah rambang mata and sibuk nak main dah... nasib baik la dia ni jenis yang boleh dipujuk... akhirnya dia mengalah jugak... tapi nampak rasa tak sabar dia tu jelas kat air muka dia... ialah, jgn kata budak2... org dewasa pun blh rambang mata dibuatnya tgk game2 kat sane... hehehe... Mama Farisya pun kaki main game gak... sama naik la dgn anak! hehe... Daddy dia pun sama! hah... elok la tu 3 beranak....

Sampai je lobby hotel, kena tggu plak... nak dapatkan bilik tu, pegi la dlm 40 minit gak... setelah setel semenya, kitorang pun bergerak la naik ke bilik masing2 untuk simpan beg... kitorang 3 beranak, lepas kemas2 skit barang2... terus keluar! hehe... sebab 3-3 dah kelaparan! campur dgn cuaca yg sejuk, lagi la berkeroncong hebat perut ni... mula2, plan nak makan KFC... tapi lepas jln kejap kat bawah tu... tak jumpa cari plak.. Daddy dah lapar sangat, so kitorang decide utk makan je apa yang ada di depan mata, iaitu Kenny Rogers...

Lepas makan, pusing2 jap kat indoor tgk permandangan sebelum naik ke bilik semula utk rest... blh tahan penat jugak lar... bergalak2 kejap dlm bilik, then habis 3-3 sekali tidor! mlm nya, kitorang makan KFC dgn Ibu Noor dan Kak Huda... then kitorang meneruskan berjalan2 kat indoor dan akhirnya jumpa la game arcade kat hotel tu... walaupun kecil, tapi puas hati la Farisya dapat main! ternyata Farisya memang betul2 happy! berlari ke sana sini... memang dia betul2 excited... lepas selesai main, kitorang pun balik la ke bilik... itupun dah kol 12 malam... esok nya kena bangun awal utk sarapan and then kena berkumpul utk ambil gelang indoor and outdoor theme park... perghh...baru la seronok nak bawak Farisya main! hehehe...

Paginya, 1 cabaran jugak nak bangun... maklum la, dah la tidur lewat... pastu sejuk plak...tapi mengenangkan masa yg suntuk duduk kat sane, digagahkan jugak diri utk bangun... Farisya pun buat pertama kalinya tak menghadapi masalah utk mandi! wow! mandi shower plak tu... bagi sesiapa yg mengenali Farisya, diorang akan faham... siap x nak kuar dari shower lagi tu... hehehe... dalam kol 8 lebih gak la kitorang turun utk breakfast sebab kol 9 pagi semuanya dah kena berkumpul di lobby semula... blh tahan sedap makan kat hotel tu... mcm2 pilihan and jenis makanan yang ada... agak rambang mata utk makan....

Finally, lepas dapat je gelang tu kitorang pun lepak di pintu masuk outdoor theme park beramai2... ambil gambar and menikmati rasa sejuk and kabus... hehe... rasa sejuknya jauh lebih sedap dari sejuk air-cond... pukul 10 baru pintu dibuka... so benda pertama yang kitorang buat ialah masuk rumah hantu! haha... walaupun xde hantu, tp rasa cuak jugak... ingatkan blh duduk 3 beranak kat kereta tu.. malangnya, xboleh... Mama naik dgn Farisya, Daddy naik sorang kat belakang... masuk je kat dalam rumah hantu tu, Farisya dah takut nak pegang seluar Mama dgn kuatnya.. pastu, belum sampai 1/2 jalan dia cakap "Ma, jom kita kuar Ma"... hehe...

To be cont'd...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home