Gotong-royong~


Pagi ni aktiviti poco2 dibatalkan, sebaliknya digantikan dgn aktiviti gotong-royong untuk majlis tilawah al-quran jumaat ni... Masa perhimpunan, kitorg dapat sijil penyertaan ceramah wanita solehah! wah..... solehah gitu! hehe...
Lepas habis perhimpunan pagi, gotong-royong pun bermula... ada yang angkat tilam, bantal, almari, mencuci bilik, dll.... geng2 kitorg pulak kena cat prop2 yg nak digunakan di atas pentas nanti... habis muka, tangan, baju dan seluar kena cat! sabor je la... sambil2 mengecat, kitorg borak dan gelak habis2an la... bukan apa, nak menghilangkan bosan dan tak terasa sangat masa berlalu tu... ada plak Abg Man dgn Abg Hairol, mmg topik2 ke arah lucah je la yg diorg buka! lucah2 pun, bertapis la, takde la mcm Abg Jamal ke, Abg Azmi ke... itu boleh dikira sexual harassment trus! tak bertapis! sabor je lar... tapi, dah lama duduk kat sini dah boleh faham perangai diorg ni... kalau kita ni jenis yang tak boleh org nak gurau kasar mcm tu, mmg tak akan tahan la nak survive kat sini... staf2 kat sini kebanyakannya otak biol2...
Penat mmg penat tapi seronok jugak buat kerja ramai2... yg tak best nya, hari ni kena cirit-birit! ini mesti sebab makan mcm2 sgt 2-3 hari ni... lepas habis gotong-royong, GPC pun apa lagi... pergi merewang ke larkin, makan Mc'D! hehe... pukul 12 tgh hari dah keluar. dah siap mkn, round2 la kejap kat tingkat atas.. tiba2 perut memulas plak! adoii... mmg tak dapat nak tahan la kalau nak tunggu balik ke RSK. Nak tak nak, berlari cari tandas! nasib baik sempat! huii... menduga kesabaran!
Dah setel hajat ke bilik air, kitorg pun balik la ke RSK.... Kol 1-30 ptg smpi kat RSK... jujur btol... padahal kalau balik kol2 bukannya tak boleh kan... hehe.... alhamdulillah setakat ni, dah tak sakit perut... tp sape tahu jap2 lagi perut ni memulas lagi kan.............. huhu~


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home