Life~

Tuesday, December 29, 2009

Pelbagai Kenangan & Dugaan~

Semalam merupakan 1 hari yang amat menyusahkan! baru je 1st day masuk keje, tp malangnya dah ditimpa dgn keja2 yg menyakitkan hati dan serabutkan kepala! adoi ler... dah la balik ke JB ni pun merupakan 1 trauma buat diri aku neh... datang2 keje plak, kene buat keje mcm2... geram betul lar...

Dah la nak balik ke JB ni pun dah macam2 dugaan yang menimpa.. petang Ahad, pergi karaoke di Kompleks Teruntum dengan Hubby dan Fariysa... bukan main sakan lagi Farisya menyanyi! hehe... comel betul... dia nyanyi lagu 'Money Money by Abba', 'Mama Mia by Abba', 'Zombie by The Cranberries' dan lagu yang paling sakan sekali dia nyanyi ialah lagu 'Oh Bulan by Yuna'. Pandai sangat tu nyanyi, siap menari2 lagi tu.... menari bongkok macam org tua la, siap nak buat head stand lagi gitew... mane dia tgk, tak tau lar...


Hari Jumaat malam minggu lepas, kitorang pergi tengok wayang 3 beranak bersama dengan Jijah sekali... tengok cerita 'Alvin and the Chipmunks 2'... seronok gak tengok movie tu.. tapi yang paling seronok sebab ini kali pertama bawak Farisya pergi tengok wayang! hehe... kelakar betul... dia bukan main excited lagi nak tgk movie! pastu, bila dia duduk je kat kerusi tu terus kerusi tu terlipat.... sabor je lar... org nya kecik sangat... =) dah la tu, kepala sama paras je dengan kerusi depan... suruh duduk atas riba Mama or Daddy, dia tak nak... nak duduk atas kerusi jugak macam org lain kononnya... last2, dia tengok ikut celah2 kerusi jer.... hehe... sambil tengok movie, dia makan la pop corn dengan Mak Teh dia... Sampai 1/2 movie, dia dah start bangun duduk plak... jalan sana sini... apa pun, nasib baik la dia x buat banyak cakap masa dalam cinema tu... kalau x, puas jugak la soh dia senyap... lagipun, x ramai jugak org yang datang kat situ... mungkin ramai yang lebih berminat utk pergi tengok movie di East Coast Mall...


Sebelum masuk panggung tu, dah pesan kat Farisya yang bila masuk panggung wayang nanti, tak boleh cakap and buat bising.. mula2 dia cakap ok... tiba2 dia senyap, pastu dia cakap 'Alar, nak cakap jugak... sikit saje" hehe... sabor je la melayan anak kesayangan sorang ni... =)

So, berbalik semula pada hari Ahad sebelum nak balik ke JB... balik dari karaoke je dah pukul 9 lebih... pastu, sampai rumah berehat sekejap... then, apa lagi... start packing beg utk balik ke JB ler.. biasanya, awal2 dah siap packing... tapi memandangkan dari hari Rabu sampai petang Ahad duduk kat rumah Umi, so kali ni lewat la sket kemas beg.. lepas siap kemas beg, kemas bilik plak... last skali, baru la upacara mandi! heh3... mandikan anak, pastu baru la Mamanya plak yang mandi.. dalam kol 11 malam, semuanya dah setel.. tapi, tiba2 plak teringat untuk standby kan kunci rumah so that senang la nanti dah sampai sane, tak payah la nak tercari2 plak kunci tu..

Malangnya, setelah habis beg2 baju yang sudah dikemas dikumbah, bilik yang dah dikemas pun dah dikumbah.... tapi kunci yang dicari masih juga tak jumpa2.. hadoi... dah hangin 1 badan dah ni...

So, setelah berjaya naik bas dengan perasaan yang cukup sakit hati dan marah sebab tak jumpa cari kunci... ada plak mangkuk hayun yang nak bising2 buat hal and komplen macam2 dalam bas tu... driver dah bagi duduk kat seat depan sekali kot... yang dah terang2 lebih luas kawasannya jika nak dibandingkan dengan seat2 yang kat belakang... itu pun still nak bising! bongok! aku ni, dah ler seat dah orang duduk, pastu kena duduk seat lain yang merupakan sebelah lelaki muda yang duduk terkangkang... lagi ler menambahkan sakit hati and rasa nak marah, bercampur plak dengan hangin 1 badan! muka masa tu, tak payah cakap ler... memang ketat habis! huh...

Manusia yang komplen and carik pasal ni, memang tak lain dan tak bukan la iaitu orang CINA! walaupun kaum ini merupakan asal usul aku sendiri, tapi aku memang cukup tak puas hati! kalau nak diikutkan hati ni, memang nak jer aku pegi depan tu and sekeh kepala dia! sebab dia sorang, habis penumpang 1 bas susah! bodoh betul! dia tak fikir ke yang dia buat driver bas tu marah, pastu dah tentu2 driver tu akan bawak bas laju giler sebab melayan perasaan marah tu... nanti tak pasal2 kalau jadi pape yang buruk? celaka betul... driver dah explain yang no seat tiket dia tu salah, tapi dia tak paham2 bahasa jugak... bas dah jalan pun, dia komplen lagi macam2... dah la tu, speaking english kononnya dan dia ingat driver tu bodoh sangat tak paham dia cakap... malang buat dia sebab driver tu faham apa yang dia cakap!

Driver siap berhenti kat tepi jalan, sedangkan bas baru je bergerak keluar dari terminal... dia amek fail seating penumpang, amek contoh tiket penumpang lain and tunjuk depan muka cina tu, suruh dia baca betul2 and bandingkan dengan tiket dia... tak nak plak buat! tapi komplen nak macam2! tiket tu salah, bukannya salah driver pun! tapi salah orang di kaunter tiket ler... rasanya budak sekolah rendah pun boleh fikir kot... yang dia nak bising2 kat driver tu kenapa plak... driver dah marah, sampai dia pusing balik ke terminal! what the f**k??? bila driver dah pusing balik ke terminal, tau plak dia nak diam! eeiii... penumpang2 lain semua dah menunjukkan reaksi yang tak puas hati! bas yang sepatutnya bertolak kol 12 malam akhirnya bertolak kol 12-30 malam... semuanya sebab dia sorang je...

Agak2 la kot 10x nak komplen pun.. ko naik bas tu bukannya sorang... 1 bas tu penuh dengan manusia... kenapa cina lain boleh duduk dalam bas tu elok jer, tak de komplen2... tapi dia sorang takleh? tak boleh la nak penting diri sendiri je kot... tak kira kaum ler... melayu pun, bukannya takde yang buat perangai macam tu... dah nama pun naik bas ekpress... terima la hakikat yang keadaannya tak selalunya selesa... ada masa2 nya, terpaksa bersempit... tapi kalau dah demand sangat, nak selesa la ape lar... pegi la naik flight, kalau dah handal sangat... betul x?

Kes tu dah selesai... ada 1 kes lagi... sedap2 lentok dalam bas, walaupun takde la sedap mane pun sebab tengkuk pun dah start rasa sakit... tiba2 lampu dalam bas dibuka and driver turun dari bas... masa tu dah sampai di Pekan.. lepas tu, naik pulak 2 orang pegawai polis siap bawak lampu picit lagi... ingatkan nak buat serbuan ape... rupanya, mintak semua penumpang keluarkan IC untuk diorang check... hai3... memang banyak betul dugaan yang menimpa nak boleh sampai ke JB ni... last2, sampai ke Larkin kol 5 pagi! dah konpem2 dapat lelap kejap je b4 kena bangun semula untuk pergi keje... sabor je la, yok....

p/s : kunci yang hilang tu akhirnya telah dijumpai... di mana? ada dalam laci di meja tulis kat ofis di RSK! giler betul la...

Thursday, December 24, 2009

Masa Berlalu~

Cepat betul rasanya masa berlalu... cuti yang kononnya selama 1 minggu, terasa sangat sekejap... sedar2, dah tengah malam Khamis rupanya.. hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum balik ke JB semula... fikirkan pasal JB saje dah cukup buat kepala rasa pening + sakit... tak sampai hati rasanya nak tinggalkan Farisya... sepanjang masa berada di Kuantan ni, tak berenggang sikit pun dgn dia...

Macam2 pengalaman yang menarik + seronok yg dah dilalui dengan Farisya semenjak malam Khamis minggu lepas... macam2 gelagat dan perangai yang dibuatnya... kadang2, bila duduk sorang diri pun boleh tersengih2 sorang dibuatnya... itulah satu2 nya buah hati pengarang jantung... dialah pengubat duka dan lara... dan dia jugalah yang menduka dan melarakan Mamanya sendiri... =)

Seriously, memang tak sanggup sangat2 rasanya nak balik... fikir pasal tiket bas tak beli lagi pun dah rasa serabut... huhu... mlm semalam Azzad aka Ayah Ngah Farisya balik Kuantan jugak... so, mlm ni kitorang semua tidur kat IM ler... Farisya bukan main happy lagi ni haa... dah pukul 12 lebih pun masih x tidur2 lagi... dari tadi dok buat konsert marathon ni... hehe... berair mata jugak ler dok gelak kan dia...

Dinner tadi kitorang sekeluarga, tak termasuk Hubby pergi makan steamboat kat dengan Hotel Seri Malaysia... boleh tahan la, tapi memang tak boleh nak makan banyak sangat... sebabnya? serupa macam sushi jer... semuanya mentah2 je nampak, tak lalu nak makan dibuatnya... huhu... papepun, perut ttp kenyang... itu yg penting! =)

Seronok plak rasa, bila sekali sekala berkumpul sekeluarga macam ni... entah biler lagi lepas ni dapat kumpul kesemuanya sekali dalam waktu yang sama.... hurrmmm... again, hopefully cepat2 la hendaknya dapat pertukaran ke Hospital Kuantan.... Amin....

Monday, December 14, 2009

Hurrrmmmm... Sedih ke?~

Pagi ni nampaknya mata sangat berat... tak cukup tidur dalam bas semalam... nampak macam diver bas tu mengamuk jer sebab dia bawak bas mmg laju giler babi! selaju mungkin yang bas tu boleh pergi... sebab apa driver tu mengamuk? ada makhluk bodoh mane ntah yg buat road block tgh jalan kat area Rompin, pastu nak bersoal jawab macam2 plak dgn driver tu semata2 anak dia sorang nak naik bas tu... itu dah boleh masuk kategori bangang pun ada! pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain... dia tak pikir ke dgn tindakan dia tu, buat driver tu bengang... bawak bas laju2 pastu kalau xcident? mati jugak anak ko tu! bodoh! manusia jenis mcm ni pun ada hidup dlm dunia ni.... meluap2 plak rasa kemarahan bila diingat2 balik... iye lar, mlm semalam x brape nak rase marah al maklum lar, mata mengantuk sangat....

Sayu pulak hati bila tengok Farisya melambai-lambai bila Mama nak balik ke Johor... tiba-tiba rasa sedih sangat... apa la perasaan dia agaknya? masa yang diluangkan hanya 2 hari sahaja, berbanding dengan masa dia berpisah dgn Mama iaitu 5 hari... samapi bila la agaknya aku perlu meneruskan kehidupan sebegini rupa? mampukah aku untuk mendidik anak aku dengan sempurna dengan hanya berjumpa 2 hari seminggu?

Rasa macam nak menyumpah2 dan memaki2 kerajaan pun ada... tp kalau buat pun, tak berguna jugak... bukannya dapat tukat terus pun... biar la org lain nak kata apa pun, kononnya ramai algi orang yang terpaksa berjauhan dengan anak mereka. tapi aku tak peduli tentang orang lain... apa yang penting sekarang ialah tentang diri aku sendiri dan keluarga... menurut kata org di KKM, borang permohonan pertukaran aku tu akan masuk meeting bulan 3 atau 4 tahun depan... jadi, boleh dikatakan hampir 1 tahun jugak la aku terpaksa menadah diri aku duduk di sini...

Ya Allah Ya Tuhanku... kau berikanlah ketabahan dalam hati aku ini bagi aku menjalani kehidupan aku di sini... dan berikanlah kekuatan buat aku untuk aku melakukan kerja2 aku di sini.... Amin...

Apa2 pun, aku mencuba sedaya upaya utk mengoptimumkan masa yang berkualiti bila dihabiskan dengan Farisya...supaya walaupun 2 hari je dapat bersama, tapi banyak kasih sayang yang dapat aku beri dan tunjukkan pada dia... pengalaman2 yang dilalui setiap kali balik hujung minggu tu, hanya Tuhan saje yang tahu betapa indahnya... rasa seronok sangat...


Cuma kadang2, aku rasa serba salah... mana nak bersama dengan suami lagi, umi dan ayah lagi... kawan2 lagi... kadang2, aku terpaksa mendiamkan diri di hujung2 minggu tanpa berjumpa dgn kawan2, sebab aku rasa tak mampu untuk bersama dgn kesemuanya sekali dalam masa 2 hari sahaja... terlalu banyak agenda yang nak dilakukan dan aku pasti akhirnya aku akan kepenatan dan mengakibatkan aku tak dapat luangkan masa yang berkualiti dengan Farisya...



Rasa tak sabar nak tunggu hari Khamis ni... amek cuti lamer sampai next week... jadi, boleh la menghabiskan masa bersama dengan keluarga tercinta! hehe... yang penting, rasanya dah tak sabar nak tunggu pergi ke Genting Highlands bulan depan... Farisya pun dah excited sangat dah nampaknya nakk pergi... dah siap beli baju sejuk lagi kelmarin... =) dia bergaya depan cermin sambil pakai baju sejuk tu, pusing badan kiri dan kanan sambil goyangkan punggung dan tersenyum manis... hai2, kecik2 lagi dah pandai bergaya... tersenyum sorang plak bila mengenangkan telatah anak kesayangan seorang tu...

Friday, December 11, 2009

Hari yg Membosankan~

Hari ni merupakan 1 hari yang amat membosankan... tak tahu la nak buat ape, seharian duduk di ofis pagi tadi lepas habis mengaji... tp ni bos dah balik dari Larkin, jadi tak leh la nak berlegar2 kat sane sebab takut bos bising plak nanti.. huhu... jadi sekarang ni, tengah melepak di UTK plak guna laptop Kak Huda utk main internet... nampak nya UTA x buka la sepanjang pagi... hehe... bila la nak berubah agaknya..

Apapun, x sabar nak tunggu pukul 12.30 tgh hari ni... nak ikut Kak Huda and Hana nak pergi Mydin.. walaupun setakat nak pegi Mydin, tapi xpe la.. janji dapat keluar dari RSK ni... biar la sekejap pun, x kesah... hehe

Petang ni nak balik Kuantan, tapi kali ni x naik bas S&S International kol 5.30pm... tapi naik bas Transnasional kol 6.30pm plak... hopefully dpt bas yg 3-seat la... x best kalau dpt bas 4-seat, nak2 lagi kena duduk sebelah org laki.. bosan! suka sangat dok terkangkang, dah la kangkang pasu x ingat2 plak kat org sebelah... bongok btol.. harap2 nya cepat la sampai ke Kuantan naik bas Transnasional ni... kalau sampai lambat gak baik naik S&S International jer... atleast bas tu dah konpem2 3-seat sahaja....

Next month RSK buat trip ke Genting Highlands... hurrmm... rasa x sabar2 plak nak pergi! hehe... tentu2 la bawak Hubby and Farisya... tentu Fariysa seronok pergi sane nanti, main mcm2 games... tapi yg penting sekarang ni, kena jaga perbelanjaan.. sebab dah naik Genting ni dah tentu2 nak guna duit.... moga2 dapat la berjoli nanti tanpa sebarang kerisauan... heh3...

Rasa x sabar plak nak balik petang ni... rindu sangat2 dah rasanya kat Farisya... hehe... anak kesayangan la katakan.... mggu ni balik sekejap je, tp next week.. hurrmmm.. balik hari khamis sbb jumaat tu cuti awal muharram... then terus sambung cuti sampai ke minggu krismas tu... yahii! cuti lame! dapat la habiskan masa dgn keluarga tersayang... habiskan balance cuti utk tahun ni...
Semoga cepat la masa berlalu untuk hari ini...

Thursday, December 10, 2009

Kebajikan~

Akhirnya, selepas 3 hari meninggalkan tempat kerja dan pagi ni buat pertama kalinya dalam minggu ni aku masuk kerja! huh... pagi2 lagi dah rasa sakit hati! melihat perangai dan gelagat manusia2 kat sini yang cukup menyakitkan hati, telinga dan mata... Tuhan, berikanlah kekuatan dalam diri aku utk melalui hidup2 aku bekerja di sini...

Sifat yg aku paling benci dlm seseorang manusia ialah "SELAK" + "JAKUN"... memang aku x boleh nak tolerate langsung dgn manusia jenis yg mcm ni, walaupun manusia tu ialah seorang kanak2! damn it! zaman sekarang, kita dah xboleh nk bagi alasan 'alar, budak2 kan... biasa lar, bukannya dia tau apa...'. No! no! no! and definitely no! budak zaman sekarang ni dah terbukti mereka jauh lagi bijak dan pandai jika dibandingkan dgn budak2 zaman dahulu... masalah yang terbesar sekarang ialah, mak or ayah sendiri yang biarkan anak2 tu berkelakuan sebegitu rupa!

Contohnya mcm apa yg berlaku sekarang kat department aku neh... dah terang2 nama tempat ni unit terapi anggota, tempat untuk org2 yg bermasalah dgn anggota badan mereka dan memerlukan rehabilitasi... ataupun utk org2 tua yg kebosanan dan nak buat exercise kat (definitely bukan fungsi utama tempat ni!)... yg budak 2 ekor ni aka anak mangsa keganasan rumah tangga ni buat selak ke diri and buat bising kat tempat aku, mengganggu org lain dan habis semua mesin nak tekan sana sini... yg dah tentu2 buat rosak harta kerajaan... mak dia buat tak tahu ajer... kalau aku yg keluar ni nnt memang buruk ler bahasa yg aku guna... darah dah mendidih2 di buatnya... rasa nak mencarut2 tahap optimum dah ni... tp aku tahan kan jugak dalam hati... even masa aku tgh menaip kat blog ni pun, budak2 ni tgh menyemakkan mata dan telinga aku...

Tapi, aku masih ingat yg aku ni ada bos! nanti, kalau buat kurang ajar kena bantai plak dgn bos... x best ler nnt nak keje kalau dah jd mcm tu nanti... nak tak nak, aku terpaksa bersabar je lar... cibai! macam mane la aku nak meneruskan hari2 aku kat sini lepas ni... pertukaran tu, x tau lar bila baru dapat.... sementara nk menunggu pertukaran tu? aku x tahu dah nak buat macam mane... sumpah aku cakap, aku benci sgt2 kerja kat sini... aku mmg x suka berbuat baik pada org... aku boleh buat baik, tp bukan sampai ke tahap kerja kat JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ni... ini bukan setakat buat baik, tp buat kebajikan... aku mmg sumpah x suka buat kebajikan! aku tahu byk boleh dapat pahala kerja kat sini.... tp dah nak masuk 5 bulan aku kerja kat sini and seriously, aku mmg bukan calon yg sesuai utk terus bekerja kat sini... aku mmg xsuka!

Aku boleh jaga mak ayah aku bila diorang dah tua nanti, tp aku x suka nak jaga org2 tua yg lain... ini kan plak budak2 yg perangai macam b**i ni! lagi ler aku x suka! merawat pesakit2 yg kat hospital tu, aku suka... walaupun benda tu masih lagi berbuat baik kepada org, tp aku x kesah kalau macam tu... tp kalau kena kerja kat kebajikan, pergghhhh.... mmg kurang tahap kesabaran aku ni! lama2 boleh kena darah tinggi! aduhai..... apa la nak jadi dengan nasib ku ini...

Semoga Allah menurunkan kesabaran dan ketabahan buat aku untuk meneruskan kerja aku kat sini... Amin...

Thursday, December 3, 2009

Julia Quinn Again~

Pagi ni, baru sahaja habis baca 1 lagi novel by Julia Quinn yg bertajuk 'To Catch an Heiress'... superb! lagi best + kelakar + romantik! so, next book that i'm going to read today is also by Julia Quinn, title 'Romancing Mr. Bridgerton'... =) damn i'm happy... hehe...

Petang semalam pegi lagi ke ekspo Popular, tp malangnya xde update pun kat buku2 kat sane.. semuanya yg same jugak dijual... bezanya cuma kuantiti buku je yg berkurangan... even buku by Julia Quinn pun xde jugak jual... yg ada cuma by Julia London, cara ceritanya agak sama tapi jalan cerita + penceritaannya x pasti la best ke x....

So, merewang plak kat dalam Danga City Mall, but still xde ape2 yg menarik kat dalam sane... kedai2 nya mcm hambar ajer... last2 pergi masuk Metrojaya saje... akhirnya, beli 2 helai tshirt polo (1 for me and 1 for Hubby), a big blue bath towel and a pink blouse for my reunion this saturday.. nak carikan hadiah untuk Farisya, tp malangnya takde yg menarik perhatian pun...

Start 21hb ni, amek cuti 4 hari sampai krismas... 18hb tu pulak cuti awal muharram, so by 17th evening dah boleh balik Kuantan... hehe.... cuti lame tu, siott.... boleh habiskan masa dgn anak kesayangan! yeahhh! mula2 ingat nak bawak dia pergi bercuti, tp xtau la lagi jadik ke x... kena tgk budjet dulu... hurrmmm....

Program seterusnya utk harini, xtau la lagi... nk kena plan dulu... huhu~

Tuesday, December 1, 2009

Mission Not So Accomplished~

Nampak gayanya, mcm x jadi jer nak baca 2 buku tu.. huhu... sbb buku Julia Quinn lebih menarik hati... kali ni, tajuknya 'To Catch an Heiress'... sekarang ni, mood banyak ke arah romantic and love.. so, kalau paksa baca buku lain pun mmg xde makna nya... kalau habis pun baca, 1 ape x faham or ingat...

Ingat petang ni, nk pegi ke Danga City Mall lagi... tengok2 kot2 mana la tahu ada buku baru or yg menarik perhatian utk dirembat... lagipun, mggu ni last expo tu.. tapi x confirm lagi lar pegi ke tak.. tgk mood petang ni plak mcm mane... hurrmmm.... bilik ni pun mcm dah start bahang je walaupun kipas dah pun terpasang since pukul 8 pagi tadi... damn...

To be continued...

What Happens in London~

I had just finish reading a book written by Julia Quinn, 'What Happens in London'... it was such a great book! damn it... i felt happier after reading it... =) very happy, indeed... i was even grinning alone here in my office and in front of my old lappie.. hehe...

That was such a relief, anyway... after a really terrible days i had 2 days back... atleast by reading the book, i felt normal again.. almost normal, actually but no completely... after this, i'll try to read another 2 books which is good, i guess for self-help and in the same time helping me to improve myself for my own sake... the title is 'Suami Isteri Paling Bahagia' by Rosline Harun and 'Fahamilah Perasaanku : 30 Luahan Perasaan Suami' by Hasan Mohd Ali, PhD.

I'll try and post something useful here in my blog after i had go through those books.. so that anybody out there could share the knowledge too...