Minggu lepas merupakan 1 minggu yang amat menyeronokkan buat aku... dan aku juga dapat 1 pengalaman yang baru... =) 10hb lepas, kitorang 3 beranak naik bas Transnasional ke JB pukul 3 petang... sebabnya? roadtax kereta tak sempat nak renew... so terpaksa la naik bas ajer... tapi sangat seronok, lebih seronok dari naik kereta sebenarnya... =) Farisya kali pertama dapat naik bas, and ternyata dia seronok sangat... kitorang amek 3 seat, Mama and Farisya duduk sebelah menyebelah, tp Daddy dapat seat kat belakang kitorang.. dapat plak seat 2 dari belakang and betul2 tepi pintu kecemasan... Farisya pun sibuk je nak usik pintu tu... risau jugak takut dia pegi buka betul... tapi lepas pesan beberapa kali, dia pun dah faham... clever girl! =)
Sampai kat Jb almost 9 o'clock... tggu Izham datang amek kat Larkin, then kitorang pergi makan kat Stulang... semuanya tengah lapar, sampai Farisya sendiri cakap "Ma, sakit perut la... lapar"... =) tak pernah2 sebelum ni dia ckp macam tu... so, sampai kat Stulang kitorang melantak la mkn nasi and lauk yg bermacam2... hehe... lepas makan, kitorang pun balik la ke Bukit Saujana... Farisya excited sangat sebab finally dia dapat jugak datang ke rumah Mama kat JB... dia melompat2 kat dalam rumah, mata yang mulanya nampak mcm dah nak tidur sangat2 akhirnya bila sampai rumah dah tak nampak macam nak tidur pun... =) last2 kena paksa tidur jugak sebab esoknya kena bangun pagi, by 7.45 tu kalau boleh bas dah nak gerak... itupun dah lewat, dah pukul 12 lebih dah...
Set alarm utk bangun kol 5.45 pagi... tp sebelum alarm bunyi lagi Farisya dah bangun. bukan ape, sebab pampers dah bocor... so, kitorang pun bangun je la terus siap2.. masakkan air panas untuk Farisya mandi, buat final packing and by 7.15 kitorang dah on the road pergi ke RSK... buat kali ke-2 nya, Farisya excited lagi sebab dapat pergi ke tempat kerja Mama.. macam2 benda dia tanya... bila dah sampai masa naik bas, bertambah la excited lagi dia.. bas tu agak sempit la sebab memuatkan 40 lebih orang kan... jadi, terpaksa la bersempit sket 3 beranak... tapi yg penting, kitorang semua berada dlm mood yang happy...
On the way ke Genting Highlands tu, ada plak 1 kejadian yang x diingini berlaku.. kat flyover highway ada sorang budak pempuan tu nak terjun bunuh diri plak... so, PLUS terpaksa la stop kan kereta yang nak lalu sbb takut terlanggar budak tu... hisshhh... betul2 menyusahkan.. polis x sampai lagi, yang ada masa tu hanya org2 awam, mat2 rempit and ambulans yang bawak pesakit yang kebetulan lalu kat situ... jadi kitorang terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan parking bas betul2 kat bawah tempat budak tu nak terjun... so that kalau dia terjun pun, rendah la sket dia jatuh tu... kebetulan masa tu plak ada 3 bijik bas.. so penuh la jalan kat highway tu, bas parking sederet... last skali, agaknya budak tu asyik sangat dok tengok bas2 parking kat bawah, ada orang awam kat atas tu yang tangkap dia... selamat la budak tu... tapi, dia dah menyusahkan ramai orang.. tak mustahil kalau berbakul2 dia kena sumpah seranah...

Sampai kat perhentian, bas berhenti untuk breakfast plak... kitorang makan mee hoon goreng + ayam goreng sepinggan kongsi 3 beranak.. hehe... bukan berjimat, tp x rasa lapar... jadi makan buat alas perut saje lar... perjalanan seterusnya ke Genting, agak panjang and membosankan jugak sebab takde benda yg blh dibuat kat dalam bas tu... jadi aktiviti yang paling mujarab ialah tidur saje lar...
Bila dah sampai kat Genting Sempah, aku pun kejutkan Farisya and Daddy... so kitorang same2 menikmati pemandangan sebelum sampai ke tempat kereta kabel tu... agak lama utk sampai ke atas, maklum la bas tu berat sangat agak nya... bila dah sampai kat tempat kereta kabel tu, semua dah excited... rupanya kereta kabel tu x betul2 berhenti masa kita nak naik, jadi kita kena cepat2 la melompat masuk dalam kereta kabel tu... aku dgn menggalas dan pegang beg kat tgn, sambil dukung Farisya lagi dengan segera melompat naik sampai terhuyung hayang gak lar kereta kabel tu... haha... ala2 monster inc gitew... Daddy plak dgn beg luggage besar tu lompat naik lepas anak and isterinya dah selamat naik kereta kabel... hehe...
Farisya sikit pun tak takut naik kereta kabel tu... aku pulak yg lebih2 cuak + takut... tingginya bukan main... telan air liur je sepanjang jalan... nasib baik la duduk membelakang, jadi xde la mengadap depan and tgk betapa tingginya kabel2 tu nak naik... siap berpeluh2 lagi... hehe.. nasib baik x rase nak muntah.... bila dah nak sampai kat atas, keadaan sekeliling dah mula berkabus and xnampak ape... rasa sejuk and dingin pun dah mula terasa... =)
To be cont'd...